1. Benarkah blogger boleh dijadikan sebagai satu kerjaya?
2. Bolehkah kerjaya sebagai seorang blogger boleh membantu menaiktaraf kehidupan yang sedia ada?
3. Sejauh manakah blogging dapat menentukan hasil pendapatan yang dapat membantu hidup?
4. Adakah berita mengenai blogger hanyalah sekadar teknik untuk melariskan jualan atau adakah ini semua pembohongan semata-mata?
Semua yang dipersoalkan di atas semuanya adalah BENAR kecuali yang terakhir. Agak hairan dan ajaib apabila ada yang masih lagi mengatakan blogger tidak boleh mendatangkan pendapatan. Sebenarnya apa sahaja yang kita buat boleh mendatangkan hasil dan pulangan jika kena pada tempatnya.
Yang penting kita kena kreatif dan bijak mengambil peluang. Peluang datang hanya sekali tapi kalau kita tahu erti “mencuba”, peluang itu boleh jadi berkali-kali ganda potensinya. Untuk mereka yang akan mengikuti Personal Coaching tutorial blogging aku nanti, kamu juga boleh menjana pendapatan tambahan seperti mana mereka yang lainnya.
Bagi aku, blogging sudahpun menjadi sebahagian dari hidup. Aku memang memberikan perhatian pada blogging tapi kalau esok lusa aku ditakdirkan untuk menceburi bidang sebagai seorang Internet Marketer… maka pastinya akan lebih banyak pula yang akan aku dikongsikan bersama. InsyaAllah.
Alhamdulilah, kini aku sudahpun memiliki apa yang aku ingini suatu ketika dahulu. Ingin tahu apa yang pernah ada dalam senarai WISHLIST aku dahulu (dari tahun 2005)?
Ini adalah senarai benda pertama yang aku ingin beli dengan duit blogging iaitu Digital Camera. Apa apa pun tak kisah, janji Digital Camera:
Kamera ini aku beli di Jaya Jusco Permas Jaya. Aku beli kamera digital ini pun sebab nak pakai untuk satu hal penting pada waktu tu. Tapi aku dah lupalah pulak apa hal tersebut.
Handphone Samsung ini berjaya goda nafsu aku dan akhirnya, terbeli juga di JB City Square. Lagipun, handphone yang lama tu dah terlalu nazak benor rupanya. Kalau baling ****** pun, ****** akan cakap “tak pedihkan mata…”
Tapi kamera ini dah berada di Kepala Batas untuk adik aku pakai.
[IMG]http://www.rohaizad.com/wp-content/uploads/2009/04
/yamaha.gif[/IMG]
Motor ini pula aku beli dalam masa satu hari jer. Pagi aku bayar deposit kat tokei kedai, lepas sembahyang Jumaat aku terus ke JPJ settlekan semuanya. Petang motor dah ada kat rumah. Terkejut mak aku. Tapi motor ni juga telahpun berada di Kepala Batas sejak minggu lepas untuk digunakan oleh adik aku. Dia bekerja di sana.
Kemudian, aku mula nak membeli laptop ini kerana desktop yang selama ini aku pakai bukan aku punya. Adik aku punya. Jadi aku pun sambarlah laptop ini. Aku beli kat Menara Landmark. Banyak dah jasa laptop ni.
Lepas beli laptop, aku ingin pula membeli kereta. Dan setelah dibelek-belek, maka hajat hati ini terus melekat pada MyVi SE full Specs. Ada ABS, sporty, elegant, selesa dan yang penting, ianya adalah Toyota (sebab sebelum ini dah pakai kereta nasional).
Dan fungsi ABS yang ada itu telah dicuba keupayaaanya apabila accident di Seremban kelmarin telah berjaya membuatkan kereta itu tidak “mengempar”. Sungguh menakjubkan!!!
Semua wishlist di atas telahpun menjadi realiti dan yang pasti semuanya hasil dari income blogging. Sebenarnya ada banyak lagi senarai yang ada dalam Wishlist. Tetapi malu untuk ditunjukkan termasuklah kereta kontrol, helikopter kontrol dan sebagainya. Biasalah, dulu waktu kecil mak ayah tak mampu untuk membelikan semua itu (orang susahlah katakan). Orang lain main, aku hanya mampu tengok dan berangan-angan jer….. dan sekaranglah waktu yang sesuai untuk “membayar niat”.
Dan aku masih lagi mempunyai keinginan untuk mempunyai pejabat aku sendiri. Iya dan aku akan pastikan ianya menjadi realiti. Tujuannya amat penting kerana aku masih lagi tercari-cari tempat yang sesuai untuk conduct Personal Coaching aku sendiri.
Sampai bila hendak pakai cyber cafe untuk kelas sendiri ye tak? Atau mungkin selepas ini aku akan mempunyai “team” aku sendiri? Dan mungkin juga sudah tiba masanya aku untuk bergerak dalam KUMPULAN? Itu akan difikirkan kelak.
Teringat dulu sok-sek salah seorang jiran aku yang mengatakan “dah besar panjang, hidup di tanggung oleh mak bapak.. macam biawak hidup!”. Habis satu jalan di jajanya kisah aku yang terperap duduk di rumah.
Tapi aku tak kisah, yang penting aku TAHU apa yang aku MAHU dan aku akan terus berusaha untuk tujuan itu!!!!!
Copas dari : http://www.rohaizad.com/2009/04/12/k...orang-blogger/
posturnya mirip2 bro scarface
nb : mungkin yang bisa bahasa malaysia bisa translate ...![]()











Reply With Quote



